SEOUL 24 Okt. – Pasukan tentera Korea Selatan, Amerika Syarikat (AS) dan Jepun hari ini menjalani latihan mengesan peluru berpandu sebagai persediaan menghadapi ancaman senjata nuklear terbaharu Korea Utara.
Latihan ketenteraan itu akan dijalankan di kawasan perairan Korea Selatan dan Jepun, menurut kenyataan tentera Korea Selatan.
Latihan itu sudah dijalankan sejak beberapa bulan lalu berdasarkan perjanjian yang dibuat ketika Mesyuarat Perundingan Keselamatan antara Korea Selatan dan AS pada tahun lalu. – REUTERS