Cadangan yang dikemukakan oleh Presiden Suruhanjaya Eropah, Jean-Claude Juncker merupakan pendekatan paling tegas setelah selama ini EU hanya berharap firma internet melakukannya secara sukarela.

``Penduduk Eropah berharap kepada EU untuk melindungi mereka dan hari ini suruhanjaya ini mencadangkan peraturan baharu terhadap pintu gerbang yang telah melakukan kerosakan teruk iaitu mengeluarkan bahan keganasan dalam laman sesawang dalam tempoh sejam,’’ katanya.

Menurut beliau pada Januari sahaja hampir 7,000 propaganda baharu disebarkan secara dalam talian daripada kumpulan pengganas Daesh walaupun mereka telah diusir di kebanyakan kubu kuat di Iraq dan Syria. - AFP