KEROSAKAN pada pokok disebabkan oleh Taufan Yutu di wilayah Isabela, Filipina hari ini. - REUTERS

Seramai empat orang maut akibat tanah manakala 31 lagi terperangkap dalam bencana tersebut di kawasan pergunungan.

Pasukan penyelamat baru sahaja memeriksa kerosakan dibawakan oleh Yutu selepas bencana berkenaan mengakibatkan tanah runtuh awal hari ini selain angin kencang selaju 150 kilometer sejam.

Pihak berkuasa berkata mereka menerima laporan berkaitan dua orang hilang.

Seorang daripadanya hilang selepas botnya karam manakala seorang lagi hanyut dibawa arus deras sungai.

Hampir 10,000 orang meninggalkan kediaman kerana mereka tinggal di kawasan yang mudah dilanda banjir. - AFP