Doktor dan hospital kerap menjadi sasaran oleh kedua-dua pihak dalam konflik berpanjangan di negara itu.

Perkembangan terbaharu itu, diikuti dengan serbuan pasukan keselamatan Afghanistan pada klinik minggu lalu yang menyaksikan empat orang terbunuh.

Kumpulan bantuan dalam kenyataan berkata, penutupan tersebut melibatkan 42 daripada 72 fasiliti kesihatan dioperasikan di Wardak oleh Jawatankuasa Sweden di Afghanistan.

“Berikutan penutupan itu, dianggarkan sebanyak 5,700 pesakit akan terkesan setiap hari,” jelas kenyataan itu. - AFP