Jurucakap gabenor bandar Sar-e-Pul, Zabihullah Amani berkata, ratusan militan berada di luar bandar tersebut yang mana mereka berisiko untuk tumbang jika tiada bantuan dihantar.

“Pihak musuh masih mengumpulkan kekuatan tentera di luar bandar ini.

“Kita telah menghantar semua pasukan keselamatan yang ada di bandar ini namun tiada lagi bantuan daripada luar membuatkan penduduk kerisauan,” katanya.

Taliban telah meningkatkan serangan terhadap pasukan keselamatan dengan menbunuh polis dan tentera di seluruh negara.

Selain itu, rancangan pengunduran tentera Amerika Syarikat (AS) juga dilihat menyulitkan usaha menyelesaika konflik di Afghanistan yang berlanjutan selama 17 tahun. - AFP