Lapor CNN, suspek, Shinji Aoba, 41, disahkan menderita sakit mental sejak sekian lama.

Aoba mengaku berbuat demikian kerana marah dengan tindakan beberapa pihak yang 'mencuri' hasil kerjanya.

12 lelaki, 20 wanita dan seorang mangsa yang tidak diketahui jantinanya terbunuh manakala 35 yang lain cedera dalam insiden terburuk sepanjang tempoh 20 tahun di Jepun itu.

Kesemua korban merupakan kakitangan di studio berkenaan.- AGENSI