Menurut BBC News yang memetik laporan berita tersebut, Trump menggambarkan Magufuli sebagai ‘hero Afrika’ berbanding pemimpin lain yang didakwanya ‘tidak melakukan apa-apa’.

TBC dalam kenyataannya kemudian mengakui bahawa laporan berita itu diterbitkan tanpa mengikut prosedur editorial yang betul serta tidak mendapat pengesahan sebelum disiarkan.

Magufuli sebelum ini dikenali sebagai ‘Bulldozer’ kerana ketegasannya termasuk ketika melancarkan perang terhadap rasuah yang menyaksikan beliau menerima sokongan daripada pelbagai pihak. - AGENSI