Bangkok Post melaporkan, SPR Thailand turut bersedia memberi ganjaran sehingga 100,000 baht (RM12,808) kepada sesiapa yang mendedahkan kegiatan pembelian undi.

Setiausaha Agungnya, Jarungwit Phumma berkata, para pengundi dinasihatkan agar tidak terus ke ruang mengundi setelah menerima kertas undi.

“Mereka harus membaca secara terperinci kertas undi sebelum menandanya.

“Sesetengah pengundi sebelum ini mengoyakkan kertas undi selepas tersalah tanda yang merupakan kesalahan,” katanya.