Terdahulu, berita gembira itu diumumkan oleh kumpulan itu menerusi rakaman video kepada para peminat mereka.

Bagaimanapun, hasrat peminat untuk menyaksikan ke­semua ahli kumpulan tersebut beraksi bersama tidak menjadi kenyataan apabila Victoria Beckham tidak terlibat dalam konsert tersebut.

Malah menurut Billboard, Victoria atau dikenali sebagai Posh Spice tidak akan bersama-sama ahli kumpulan lain ketika tampil dalam rancangan Jonathan Ross pada 11 November nanti.

“Saya tidak menyertai konsert jelajah. Apakah yang berlaku pada masa depan? Saya tidak rasa saya akan memakai sut ketat lagi,” katanya ketika ditemu bual oleh Vogue awal tahun ini.

Lapor Mail Online, ini merupakan konsert jelajah pertama mereka sejak konsert Viva Fore­ver pada 2007.

Kali terakhir mereka me­lakukan persembahan bersama-sama adalah pada upacara pembukaan Sukan Olimpik London pada 2012.

Spice Girls mencipta nama pada 1996 apabila lagu mereka berjudul Wannabe menduduki carta teratas di 37 negara ketika itu.