Antara selebriti tersebut ialah Marilyn Monroe, Audrey Hepburn dan Cristiano Ronaldo.

Wanita berusia 27 tahun itu memuat naik video transformasi mekapnya dan menarik satu juta pengikut menerusi platform video dan muzik popular, TikTok.

“Sukar untuk melakukan mekap jenis ini kerana seperti sebuah lukisan. Saya perlu melukis wajah orang lain di wajah saya sendiri, dengan banyak ciri-ciri wajah yang ditambah dan saya perlu me­ngubah ciri wajah saya,” katanya.

Yuhong juga menghasilkan wajah daripada karakter lukisan seperti ‘Girl with a Pearl Earring’ oleh Johannes Vermeer pada abad ke-17.

Dia mengambil masa lebih enam jam untuk mencipta semula karakter berkenaan selain menambah lapisan mekap asas dengan teliti di mukanya dan memakai skarf untuk menyesuaikannya dengan lukisan di kanvas.

Pada Mei lalu, dia memulakan siri videonya dan tanpa disangka-sangka menukar wajahnya menjadi ‘Mona Lisa’ karya Leo­nardo Da Vinci sehingga menarik perhatian pengguna internet.

Sebelum menjadi blogger yang terlibat dalam transformasi mekap, dia mempunyai studio sendiri dan berkhidmat sebagai jurumekap bagi majlis perkahwinan serta iklan.

Kini, dia menganggarkan perbelanjaan mekap­nya mencecah sehingga AS$1,452 (RM5,957) sebulan namun ditaja oleh syarikat korporat.

“Saya suka mencuba perkara-perkara baharu,” katanya. – REUTERS