Huang Jing, seorang rakyat Amerika Syarikat (AS) yang memegang jawatan sebagai Profesor Kanan di Lee Kuan Yew School of Public Policy telah terlibat dalam aktiviti yang menggugat kepentingan Singapura.

Isteri Jing, Shirley Yang Xiuping turut diusir dari negara itu selepas kerajaan Singapura mengetahui dia juga bertindak sebagai ejen asing.

Bagaimanapun, pihak berkuasa tempatan enggan memberikan maklumat lanjut berhubung negara mana Jing dan isterinya bekerja.

“Jing menggunakan kedudukannya sebagai Profesor Kanan untuk sengaja dan terang-terangan menjayakan agenda negara asing dengan perbelanjaan Singapura,” kata Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dalam satu kenyataan dikeluarkan. - AFP