Sisik tenggiling itu dilaporkan bakal dihantar ke Vietnam dari Nigeria dengan menggunakan sebuah kontena.

Namun pihak berkuasa berjaya menemukan sisik haiwan terbabit ketika melakukan pemeriksaan di stesen kastam.

Sebanyak 230 beg mengandungi sisik tenggiling yang disembunyikan dengan label ‘daging beku’ berjaya dirampas.

“Ini merupakan penyeludupan sisik tenggiling berjaya dirampas dalam satu operasi di dunia dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini,” kata kenyataan dikeluarkan oleh kerajaan.

Media tempatan melaporkan kira-kira 17,000 ekor tenggiling dibunuh sebelum sisik mereka dimasukkan ke dalam semua beg terbabit.

Tambah kenyataan itu, kira-kira 177 kilogram gading gajah bernilai AS$88,500 (RM361,209) turut ditemukan dalam rampasan berkenaan. - AFP