Pada tahun lalu, Singapura mengumumkan untuk menamakan budaya penjajanya sebagai warisan kebudayaan tidak ketara daripada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan PBB (UNESCO)

Langkah tersebut bagaimanapun telah menimbulkan kemarahan Malaysia yang mempunyai makanan jalanan sama seperti Singapura.

Malah, rakyat Malaysia menyifatkan makanan jalanan di negara terbabit lebih baik.

Singapura telah menyerahkan pencalonan secara rasmi kepada UNESCO pada minggu ini.

Pegawai Kanan Lembaga Warisan Kebangsaan, Yeo Kirk Siang berkata, pencalonan itu bukan bertujuan untuk menunjukkan makanan jalan di Singapura lebih baik berbanding negara lain.

“Ini bukan mengenai negara mana yang mempunyai amalan budaya lebih baik, unik atau asal usulnya.

“Penamaan calon ini adalah sama ada amalan budaya ini dihargai komuniti dalam negara ini,” katanya. -AFP