Menurut Menteri Pertahanan, Takeshi Iwaya, tiada lagi berita mengenai nasib juruterbang dalam jet berkenaan.

“Kami telah mengutip sebahagian ekor jet dalam misi pencarian di lautan dengan kapal dan pesawat,” katanya di sini, hari ini.

Jet pejuang itu dilaporkan hilang ketika misi latihan pada jarak sekitar 135 kilometer (km) timur Misawa, pada pukul 7.30 malam waktu tempatan.

Sekitar 30 minit selepas bertolak dari Pangkalan Udara Misawa bersama tiga pesawat lain, ia hilang hubungan. - AFP