Polis menembak mati lelaki bersenjata Yacqub Khayre semalam selepas dia menjadikan seorang wanita sebagai tebusan di bangunan apartmen di Melbourne, iaitu bandar kedua terbesar di Australia.

Polis hari ini mengesahkan Khayre sebelum ini dibebaskan atas tuduhan merancang serangan ke atas pangkalan tentera Sydney pada 2009.

"Serangan keganasan ini dilakukan oleh penjenayah yang dikenal pasti, seorang lelaki yang dibebaskan dengan parol baru-baru ini, ini mengejutkan, jenayah pengecut,” Turnbull berkata kepada pemberita di Canberra hari ini. - Agensi