Mangsa yang terkorban termasuk tiga pekerja suruhanjaya tersebut selain empat anggota tentera keselamatan tempatan, kata jurucakap, Khaled Omar.

Bagaimanapun, masih tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab atas serangan itu, setakat ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya itu mendaftarkan para pengundi menjelang pilihan raya baharu akan datang, yang diharap dapat diadakan di Libya sebelum akhir tahun ini. -REUTERS