ORANG ramai berkumpul di mana saksi mengatakan penembak itu ditahan di Macerata, Itali semalam. - REUTERS

Suspek berjaya ditahan namun identitinya tidak didedahkan dan media tempatan melaporkan serangan itu berkemungkinan bersifat perkauman.

Sementara itu, Datuk Bandar Macerata, Romano Carancini menyeru orang ramai agar tidak keluar rumah ketika ini.

“Dududk di rumah sehingga notis dikeluarkan. Terdapat lelaki bersenjata menggunakan kereta yang melepaskan tembakan di bandar ini,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan di laman Facebook rasminya.

Serangan itu berlaku beberapa hari selepas mayat seorang wanita berusia 18 tahun ditemukan di dalam dua bagasi.

Seorang pendatang warga Nigeria ditahan selepas didakwa mempunyai kaitan dengan penemuan mayat berkenaan. - REUTERS