“Shahram Amiri dijatuhi hukuman itu kerana membocorkan rahsia tertinggi kerajaan kepada musuh,” kata Gholamhossein Mohseni Ejeie seperti yang dipetik daripada agensi berita Mizan Online.

Amiri sebelum ini dilaporkan pernah menghilangkan diri ketika berada di Arab Saudi pada Jun 2009 sebelum muncul semula di AS kira-kira setahun kemudian.

Kepulangan Amiri ke Iran bagaimanapun disambut baik oleh pihak berkuasa negara itu sebelum mereka menyedari beberapa maklumat rahsia negara itu telah dibocorkan sepanjang tempoh berkenaan. - AFP