Jurucakap kerajaan, Inigo Mendez de Vigo dalam satu sidang media memberitahu, undang-undang Parlimen mengenai perkara itu adalah sangat jelas ketika ini.

Mereka (pemimpin pemisah Catalonia) tidak boleh membayangkan sebarang kemungkinan untuk mentadbir wilayah itu tanpa kehadiran individu yang sepatutnya.

Hasrat itu seperti berniat jahat kerana ia benar-benar tidak realistik serta bertentangan dengan buku peraturan dan akal yang waras, katanya. Rabu lalu, beberapa pemimpin pemisah wilayah itu bersetuju untuk melantik semula Puigdemont sebagai pemimpin utama Catalonia.

Bagaimanapun, impian tersebut dilihat hampir mustahil kerana Puigdemont kini berada di Belgium dan berdepan kemungkinan ditahan atas dakwaan menghasut dan memberontak sekiranya kembali ke Sepanyol. -REUTERS