JAKARTA 11 Jan. - Seorang kanak-kanak terbunuh manakala tiga lagi cedera dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku ketika kanak-kanak itu sedang bermain di daerah Sukabumi, kira-kira 100 kilometer dari Jakarta, petang semalam.
Ketua Pusat Data Informasi dan Hubungan Masyarakat BNPB, Sutopo Purwo Nugroho berkata, kanak-kanak itu dikatakan sedang bermain trek keretapi sebelum berlakunya kejadian tanah runtuh di cerun berhampiran.
Portal Bangkok Post melaporkan, Sutopo turut memuat naik sebuah rakaman video yang menunjukkan penduduk kampung sedang menarik keluar kanak-kanak yang terperangkap di dalam timbunan tanah. -AGENSI