Lapor Russian Today, dua kapal perang peronda Rusia telah dilengkapi senjata tersebut, direka bentuk untuk ‘membutakan’ musuh secara sementara.

Menurut syarikat pereka senjata, Ruselectronics, senjata itu mewujudkan kesan seperti pancaran yang mengganggu penglihatan bagi menghalang keupayaan musuh menetapkan sasaran pada waktu malam.

Ketika sesi ujian, sukarelawan menggunakan raifal dan mesingan untuk menembak sasaran yang ditempatkan sejauh dua kilometer dan dilin­dungi oleh peranti itu.

Mereka semua menghadapi masalah kerana ‘tidak dapat melihat sasarannya’.

Sebanyak 45 peratus daripada sukarelawan melaporkan rasa pening, mual dan bingung manakala 20 peratus pula dikatakan telah mengalami halusinasi.

Syarikat itu tidak menyatakan berapa orang yang mengambil bahagian dalam ujian tersebut.

Dua lagi kapal perang yang sedang dalam pembinaan juga dijangka dipasang dengan peranti tersebut.

Syarikat itu pertama kali me­lancarkan senjata ‘membutakan’ pada Disember lalu sebagai alat penguatkuasaan undang-undang.

Pasukan reka bentuk mengatakan senjata itu boleh digunakan semasa serbuan terhadap pengganas dan penjenayah lain.