Times Of India melaporkan, Deputi Superintenden Polis (DSP) Trafik, Sanjay Kharat memberitahu, untuk kesalahan pertama, maklumat dan kesalahan individu itu akan dimasukkan dalam polis maklumat pertama (FIR).

“Sekiranya kesalahan yang sama diulangi dalam tempoh enam bulan, lesen memandu pemandu itu akan digantung dan akan disenaraihitamkan,” katanya.

Kesalahan memandu kenderaan di laluan bertentangan dilihat semakin menjadi-jadi dan bukan lagi satu kesalahan di India.