Shikha Garg, menaiki pesawat itu ke Nairobi untuk menghadiri perhimpunan Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan baru berkahwin kira-kira tiga bulan lalu.

Dalam mesejnya, dia menjelaskan akan menghubungi suaminya itu, Soumya Bhattacharya sebaik sahaja mendarat di Nairobi.

Bhattacharya sepatutnya pergi ke Nairobi bersama Shikha tetapi mengubah perancangan itu pada saat-saat akhir menyebabkannya tinggal di New Delhi, lapor Times of India.

“Saya telah menaiki pesawat dan akan menghubungi kamu sebaik sahaja mendarat,” jelas Shikha dalam mesej tersebut.

Tetapi sebelum Bhattacharya cuba membalas mesej tersebut, telefonnya berbunyi ‘buzz’ dan seseorang menghubungi dan memberitahu pesawat itu telah terhempas. – AFP