Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres berkata, penemuan dalam kaji selidik salah laku tersebut menunjukkan bukti bahawa sesuatu perubahan perlu dilakukan bagi menambah baik tempat kerja di sini.

Satu daripada tiga responden atau 33 peratus melaporkan sekurang-kurangnya menghadapi sekali gangguan seksual namun meningkat kepada 38.7 peratus ketika berada di PBB.

Jenis gangguan biasa dilakukan adalah cerita dan jenaka seksual yang menjelikkan atau kenyataan kotor mengenai penampilan, badan atau aktiviti seksual. - AFP