Menurut agensi berita tempatan, kebakaran itu berlaku di sebuah kilang kecil di kawasan perkampungan Chernorechenskiy, kira-kira 50 kilometer (km) ke selatan Novosibirsk.

Difahamkan, ketika kejadian, terdapat sekurang-kurangnya 30 orang pekerja sedang bertugas.

“Berdasarkan maklumat yang diperoleh, kesemua mangsa terdiri daripada pekerja asing dan tiada rakyat Rusia dilaporkan terlibat dalam kebakaran itu,” kata seorang pegawai tempatan kepada agensi berita TASS. -AFP