Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Robot AlanTim lindungi peminat bola sepak England

Robot dikenali AlanTim akan berkhidmat melindungi peminat bola
Robot dikenali AlanTim akan berkhidmat melindungi peminat bola sepak England menjelang Piala Dunia tahun depan. - telegraph.co.uk

MOSCOW 21 Mei – Kumpulan penyelidik Rusia menawarkan perkhidmatan robot untuk melindungi peminat bola sepak England daripada sebarang keganasan yang dicetuskan peminat bola sepak tempatan menjelang Piala Dunia tahun depan yang akan diadakan di negara ini.

Sebuah rakaman video menunjukkan robot tersebut yang dikenali sebagai AlanTim bergerak di sekitar sebuah stadium sambil memberi pesanan tentang jaminan kepada peminat bola sepak yang akan mengunjungi Rusia sempena pertandingan itu.

Para penyelidik di Institut Teknologikal Moscow (MIT) memberitahu, ro­bot setinggi 1.2 meter itu mampu mengesan emosi ma­nu­sia dan akan terus menghubu­ngi pihak polis jika me­ngenal pasti sikap agresif yang tidak mampu diatasi­nya setelah melalui ‘perbualan diplomatik’.

Perkhidmatan AlanTim itu ditawarkan selepas BBC menyiarkan dokumentari bertajuk Russia’s Hooligan Army yang menimbulkan ketakutan kepada peminat bola sepak dan pemegang tiket Piala Dunia.

Melalui rakaman video itu AlanTim dilihat memberitahu, ia dimaklumkan melalui internet bahawa ramai peminat bola sepak England merasa ragu-ragu tentang keselamatan mereka semasa berkunjung ke negara ini.

“Kamu tidak perlu bimbang tentangnya kerana saya secara peribadi akan melindungi kamu dan berjanji mempertahankan ser­ta menemani ka­mu di Moscow dan me­lin­dungi kamu da­­ripa­da sebarang masa­lah,” ujar­nya.

Para penyeli­dik ber­­­­kenaan juga men­dak­wa, robot tersebut mampu mengesan saat-saat peminat bola sepak akan mencetuskan kekacauan.

“AlanTim boleh mengenal pasti emosi manusia jika ia mengesan sikap agresif terhadap peminat bola sepak Britain ia akan serta-merta meng­hubungi pihak polis malah robot ini juga boleh berbual-bual dan menyelesaikan konflik secara diplomatik,” kata­nya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain