Jurucakap Pejabat Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan, Edgar Posadas berkata, sekurang-kurangnya 16 orang dilaporkan masih hilang dalam dua wilayah timur yang paling terjejas ekoran ribut bermula 29 Disember lalu.

“Sekitar 59 orang maut di wilayah Bicol manakala 13 lagi maut berdekatan Eatern Visayas.

“Tiga maut di kawasan lain yang terjejas berikutan hujan lebat dan hampir 25,000 orang terpaksa keluar dari rumah kerana tanah runtuh dan banjir pada 13 wilayah,” katanya.

Ribut topika itu merupakan yang terakhir melanda Filipina dan kedua berbahaya selepas Mangkhut yang mengorbankan lebih 80 orang pada September tahun lalu. - AGENSI