Kejadian itu sekali gus mencetuskan amaran tanah runtuh dan banjir selain mengeluarkan nasihat berpindah dan perjalanan kepada penduduk di negara tersebut.

Dilaporkan, ribut tropika Krosa melanda wilayah selatan Hiroshima, dengan membawa angin pada kelajuan 126 kilometer sejam.

Menurut jurucakap kerajaan tempatan, seorang warga emas berusia 82 tahun disahkan meninggal dunia selepas jatuh ke dalam laut di Hiroshima ketika cuba menaiki botnya.

Stesen penyiaran NHK dan pihak berkuasa tempatan berkata, sekurang-kurangnya 21 orang mengalami kecederaan termasuk seorang lelaki dalam lingkungan usia 50-an yang patah pada bahagian kaki.

“Kami masih menerima hujan lebat tanpa henti dan akan sentiasa berhati-hati kerana dijangka hujan lebih lebat pada petang ini,” kata Pegawai Pengurusan Bencana di wilayah barat daya Tokushima, Takayoshi Sugimoto.

Dalam pada itu, pihak berkuasa telah mengeluarkan nasihat berpindah secara sukarela kepada hampir 430,000 penduduk yang menetap di sepanjang laluan ribut tropika itu. – AFP.