Mi sup daging lembu Haozhonghao itu dijual di Restoran Niu Gengtian menjadi tumpuan ramai selepas gambar menu tersebut tular dalam media sosial.

Sebelum ini, mi sup da­ging lembu yang dijual di sebuah restoran dekat Taiwan disifatkan pa­ling mahal iaitu berharga AS$329 (RM1,344), namun kini gelaran tersebut sudah bertukar milik.

Sehubungan itu, banyak pi­hak mempersoalkan tindakan restoran berkenaan yang mele­takkan harga begitu mahal untuk semangkuk mi sup daging lembu.

Pada mulanya, orang ramai yang melihat menu makanan itu dengan harga yang disediakan ia­itu 13,800 yuan adalah satu jenaka atau kesilapan tetapi selepas pihak media membuat tinjauan lanjut, harga tersebut adalah benar.

Menurut jurucakap restoran berkenaan, mi sup daging lembu itu disediakan dengan menggunakan 12 bahan termahal daripada semua sumber Bumi namun pihaknya enggan menjelaskan lebih lanjut mengenai rahsia resipi makanan itu.

Selain itu, jurucakap tersebut memaklumkan seramai 12 tukang masak diperlukan untuk memasak mi sup tersebut dan sebarang tempahan perlu dibuat sekurang-kurangnya sebulan sebelum pembelian bagi memudahkan bahan-bahan disediakan.

Menu mi sup tersebut mula diperkenalkan sejak enam bulan lalu dan setakat ini restoran itu berjaya menjual sebanyak empat mangkuk mi sup daging lembu.