Kesatuan Sekerja Verdi (Verdi) berkata, mogok tersebut akan dibuat bermula pukul 2 pagi hingga 8 malam waktu tempatan iaitu di lapangan terbang Frankfurt, Munich, Hanover, Bremen, Hamburg, Leipzig, Dresden dan Erfurt.

Menurut Persatuan Lapangan Terbang ADV, sekurang-kurangnya 220,000 pelancong akan terjejas dengan penangguhan dan pembatalan penerbangan.

Verdi mewakili 23,000 kakitangan keselamatan lapangan terbang meminta kenaikan gaji daripada AS$20 kepada AS$23 sejam bersamaan kenaikan sekitar 17 peratus. - AFP