Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Ransomware satu peringatan serius

MICROSOFT menegaskan kelemahan perisian yang disimpan oleh kerajaan
MICROSOFT menegaskan kelemahan perisian yang disimpan oleh kerajaan telah mengakibatkan kerosakan meluas kepada sistem di 150 buah negara. AFP

NEW YORK 15 Mei – Serangan siber di 150 buah negara sejak Jumaat lalu perlu diberi perhatian serius oleh mana-mana kerajaan di seluruh dunia sebagai satu ‘wake-up call’ atau peringatan.

Portal BBC yang memetik gergasi perkomputeran, Microsoft sebagai berkata, kelemahan perisian yang disimpan oleh kerajaan telah mengakibatkan kerosakan meluas kepada sistem di puluhan negara termasuk bank, hospital dan agensi kerajaan seluruh dunia.

Microsoft dalam kenyataannya menerusi Presiden dan Ketua Pegawai Perundangan, Brad Smith mengkritik cara kerajaan menyimpan maklumat tentang kelemahan keselamatan dalam sistem komputer.

“Kami melihat kelemahan maklumat yang disimpan oleh Agensi Perisikan Pusat (CIA) muncul di WikiLeaks dan kini kelemahan itu dicuri daripada Agensi Ke­selamatan Amerika Syarikat (NSA) dan memberi kesan kepada pengguna di seluruh dunia,” katanya.

Virus terbaharu itu mengeksploitasi kecacatan dalam versi Microsoft Windows yang pertama kali dikenal pasti oleh agensi risikan AS.

Malah, terdapat lagi ancaman sera­ngan ransomware ketika orang ramai kembali bekerja hari ini dengan kebanyakan syarikat mengarahkan pakar teknologi maklumat (IT) mereka bekerja pada sepanjang minggu bagi mengelak jangkitan virus tersebut.

Virus itu menguasai fail pengguna komputer dan meminta mangsa membayar sejumlah AS$300 (RM1,301) bagi memulihkan akses masuk sistem ma­sing-masing.

Penyebaran virus berjaya diperlahankan pada hujung minggu lalu namun menurut pakar, kelegaan tersebut mungkin hanya bersifat sementara ketika lebih 200,000 komputer terjejas setakat ini.

Smith berkata, kerajaan seluruh dunia perlu menganggap serangan terbabit sebagai satu peringatan yang perlu diberi perhatian serius.

Jelasnya, syarikat itu telah mengeluarkan kemas kini keselamatan Windows pada Mac lalu bagi menangani masalah dalam serangan baru-baru ini namun masih banyak pengguna yang belum berbuat demikian.

“Ketika penjenayah siber semakin canggih, tidak ada cara mudah bagi pengguna untuk melindungi mereka daripada ancaman-ancaman ini melainkan mereka mengemaskinikan sistem masing-masing,” ka­tanya.

Sementara itu, Korea Selatan memberitahu, ha­nya sembilan kes ransomware dilaporkan tanpa mendedahkan butiran lanjut.

Australia pula merekodkan tiga kes melibatkan perniagaan kecil dan sederhana ketika New Zealand turut melaporkan serangan serupa namun insiden yang tidak dapat disahkan itu sedang disiasat.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain