Pemimpin protes menolak peralihan kuasa oleh majlis tentera yang dibentuk kerana dikatakan ‘muka lama yang sama’ dengan rejim dahulu.

Mereka mendesak agar badan awam mengetuai peralihan ke arah demokrasi dan seterusnya menamatkan pelbagai konflik yang menjejaskan negara.

Washington meminta majlis tentera itu untuk menjalankan bertindak tidak berlebihan dan membenarkan penyertaan awam dalam kerajaan.

Kesatuan Eropah (EU) juga mendesak agar tentera melakukan peralihan kuasa dengan lancar kepada awam.