The Straits Times melaporkan, lelaki berusia 39 tahun itu ditahan Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) sebelum kenderaan yang dipandunya itu diperiksa selepas imbasan imej menunjukkan terdapat sesuatu yang mencurigakan di tangki berkenaan.

Pemeriksaan lanjut kemudian mendapati, terdapat 2,190 karton rokok dan 202 paket rokok seludup disembunyikan di suatu bahagian yang telah diubah suai dalam lori tangki tanpa muatan itu.

Difahamkan, cukai tidak berbayar serta cukai barangan dan perkhidmatan yang dikenakan ke atas rokok-rokok seludup itu masing-masing bernilai S$171,500 (RM 535,285) dan S$12,710 (RM39,670).

Ketika ini, suspek bersama-sama kenderaan serta kesemua rokok seludup tersebut telah diserahkan kepada Kastam Singapura untuk siasatan lanjut.