Kunjungan rasmi ke negara ini itu merupakan yang terbaharu melibatkan pemimpin tertinggi dunia, selepas lawatan mengejut Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bulan lalu.

Raja Abdullah bertemu secara berasingan dengan Presiden Iraq, Barham Saleh, yang telah mengunjungi Jordan pada November lepas, dan Perdana Menteri, Adel Abdel-Mahdi.

Menurut laporan akhbar, Jordan dan Iraq ketika ini sedang mencari kekuatan hubungan dua hala.

Kali terakhir Raja Abdullah berada di Iraq adalah pada 2008, baginda menjadi pemimpin Arab pertama melawat Baghdad selepas Saddam Hussein digulingkan oleh pencerobohan diketuai AS pada 2003.

Jordan merupakan pengimport utama minyak mentah Iraq. – AFP