Kajian yang dilakukan me­nunjukkan lelaki dan wanita Nepal yang lahir dan dibesarkan pada ketinggian lebih 3,500 meter mempunyai lengan yang lebih pendek.

Ketinggian persekitaran yang melampau dipercayai membantutkan proses tumbesaran tubuh manusia bagi membolehkan penyimpanan tenaga.

Bagaimanapun, bahagian yang bersambung dalam tubuh manusia seperti pada bahagian atas lengan dan tangan adalah sama bagi kedua-dua kelompok manusia itu.

Corak yang sama ditemukan dalam penyelidikan awal dalam kalangan kanak-kanak Peru sekali gus menegaskan bahawa persekitaran pergunungan yang sukar menjadi penyebab berlakunya keadaan tersebut.

Ketua kajian dari Universiti Cambridge, Stephanie Payne berkata, corak tumbesaran yang sama itu menarik minat pengkaji.

Penemuan itu juga mencetuskan pelbagai persoalan antaranya apakah penyebab kehidupan di persekitaran tinggi mengubahkan bentuk tubuh manusia.

“Keadaan ini dipercayai berlaku bagi membolehkan penerimaan oksigen yang lebih baik,’’ kata Payne.

Alasan yang sama juga digunakan terhadap orang asli di kawasan Himalaya dan Andes yang mempunyai dada lebih besar bagi memudahkan mereka mengembangkan kapasiti paru-paru untuk menyedut oksigen.

Walaupun udara mempunyai 21 peratus oksigen pada semua ketinggian tetapi kekurangannya dirasakan jika berada di kawasan pergunungan kerana tekanan udara yang rendah. – AFP