Lapor al-Jazeera, langkah terbabit mendapat kecaman daripada kumpulan kebebasan awam dan komuniti Muslim kerana bimbang tercetusnya sentimen ‘politik ketakutan’.

“Kami akan mencabar undang-undang tersebut,” kata Pengarah Eksekutif Maj­lis Muslim Kanada Nasional, Mustafa Farooq.

Undang-undang terbabit akan menjejaskan mereka yang bekerja sebagai guru, hakim dan pegawai polis namun ia terkecuali kepada kakitangan awam sedia ada.

Sekiranya majikan tidak menguatkuasakan lara­ngan terbabit, mereka akan berdepan tindakan disiplin.

Bagi golongan guru, ha­nya mereka yang dilantik selepas 28 Mac, tidak dibenarkan untuk memakai pakaian bersimbol keagamaan di sekolah.

Bagaimanapun, bagi golongan guru yang dilantik sebelum 28 Mac dan mahu dinaikkan pangkat, mereka turut tidak dibenarkan memakai pakaian bersimbol keagamaan.

Kerajaan tempatan Quebec telah lama mencuba untuk mengenakan larangan itu sebagai usaha mereka untuk membentuk masyarakat sekular.

Namun, masih belum jelas tentang bagaimana la_rangan itu akan dikuatkuasakan.– AGENSI