Kedua-dua mangsa dikejarkan ke hospital berhampiran namun Phalla meninggal dunia di hospital berkenaan manakala Ranariddh yang merupakan ketua Parti Funcinpec diterbangkan ke Phnom Penh untuk rawatan lanjut.

Melalui akaun rasmi Facebook Ranariddh, kematian Phalla disifatkan sebagai kehilangan ‘hero negara bagi Funcinpec’.

Seorang anggota parti ber­kenaan mengesahkan kematian Phalla manakala Ranariddh, 74, dilaporkan beransur pulih walaupun maklumat lanjut kecederaan yang dialami tidak didedahkan.

Kemalangan itu berlaku pagi ini ketika sebuah teksi yang membawa beberapa penumpang melanggar bahagian depan kereta mangsa dan konvoi penyokong parti berkenaan.

Laman sesawang polis negara menunjukkan keadaan kereta mang­sa yang remuk dan mangsa-mangsa diletakkan di tepi jalan raya.

Ranariddh bersama penyokong datang dari arah bandar Kampot ke Preah Siha­nouk untuk berkempen menjelang pilihan raya kontroversi negara ini yang dijangka berlangsung pada 29 Julai ini.

Parti Funcinpec meletakkan calon untuk bertanding walaupun banyak aduan diterima yang menyifatkan pilihan raya kali ini tidak bebas dan adil selepas parti pembangkang utama, Parti Penyelemat Negara Kemboja (CNRFP) diharamkan pada tahun lalu.

Perdana Menteri, Hun Sen yang berkuasa sejak 33 tahun lalu berjaya menyekat kemaraan parti lawan sekali gus menjanjikan kemenangan parti pimpinannya, Parti Rakyat Kemboja.

Ranariddh, anak lelaki Raja Norodom Sihanouk, merupakan abang tiri kepada Raja Kemboja, Norodom Sihamoni mempunyai hubungan tegang dengan Hun Sen. – AFP