Agensi berita Arab Saudi (SPA) melaporkan, majlis pengebumian putera itu dilakukan di Masjididlharam sebelum solat Asar semalam.

Sehubungan itu, beberapa pemimpin dunia melahirkan rasa sedih serta mengucapkan takziah kepada keluarga diraja Arab Saudi atas kehilangan tersebut.

Salah seorang daripadanya adalah Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khalifa Zayed al-Nahyan.

Beliau mengucapkan takziah kepada Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.