Tabung Darurat Kanak-Kanak Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) menerusi kenyataan mendesak pihak berkuasa menyiasat dan menahan semua individu yang bertanggungjawab atas kematian pelajar terbabit.

“Tiada kanak-kanak harus dikebumikan dalam pakaian sekolah mereka,” katanya dengan memaklumkan pelajar terbunuh berusia antara 15 hingga 17 tahun.

Penunjuk perasaan mendakwa anggota Rapid Support Forces (RSF) yang diketuai oleh Jeneral Mohamed Hamdan Daglo, menembak mati lima remaja dalam protes yang diadakan di bandar Al-Obeid semalam.

Insiden itu berlaku susulan pemimpin protes dijangka mengadakan perbincangan dengan pemerintah jeneral hari ini berhubung aspek lain bagi mengembalikan pemerintahan awam di negara itu, selepas kedua-dua pihak mencapai perjanjian perkongsian kuasa pada awal bulan ini. - AFP.