Penganalisis risiko di Verisk Maplecroft menjelaskan, keba­nyakan komponen utama, daripada kacang shea kepada wax (lilin) sebagai bahan asas untuk maskara, dihasilkan oleh pekebun kecil yang memungkinkan berlakunya penderaan buruh sehingga memaksa kerajaan dan syarikat membuat pemantauan bagi membendung perkara tersebut.

Malah syarikat kosmetik mendapat manfaat daripada permintaan tinggi produk penjagaan kulit selepas peningkatan penggunaan kosmetik oleh golongan muda yang ingin kelihatan cantik terutama di media sosial.

Tambah Verisk Maplecroft, ketika pengguna menyuarakan kehendak untuk mendapatkan kos­metik berasaskan buah-buahan, kekacang, bijirin dan mineral, membuatkan syarikat meningkatkan jumlah bahan semula jadi dalam kosmetik sehingga menimbulkan pelbagai masalah.

Sementara itu, Ketua Barangan Pengguna di Verisk Maplecroft, Donna Westerman berkata, rantaian bekalan kosmetik sangat rumit dan dikawal secara longgar.

“Kosmetik atau losyen akan menggunakan 50 hingga 100 bahan yang diperoleh daripada pelbagai negara di seluruh dunia,” katanya.

Pada 2016, siasatan Thomson Reuters Foundation mendapati beberapa kanak-kanak di India meninggal dunia ketika bekerja di lombong mika ha­ram, tetapi kematian mereka dirahsiakan. – reuters