PRIYANKA Chopra (kiri) dan Nick Jonas menjalinkan hubungan sejak dua bulan lalu. - AFP

Majalah People memetik sumber yang enggan dikenali dan rapat kepada pasangan terbabit sebagai berkata, Jonas, 25, melamar Chopra di London ketika sambutan ulang tahun kelahiran ke-36 aktres berkenaan di London baru-baru ini.

Bagaimanapun, wakil kedua-dua bintang terbabit masih belum tampil memberikan sebarang maklum balas.

Namun pengarah, Ali Abbas Zafar tampil memberi pengesahan berkaitan berita tersebut apabila dia mengumumkan Chopra telah meninggalkan filem arahannya iaitu Bharat.

“Alasannya adalah sangat istimewa. Dia memberitahu kami mengenai keputusannya dan kami tumpang gembira untuk dia,” katanya menerusi Twitter. - AFP