Katanya, kerajaan akan memberi serta meminjamkan dana kepada mangsa-mangsa gempa yang kehilangan rumah akibat bencana tersebut.

Gempa kuat berukuran 7.3 pada skala Richter Ahad lalu mengorbankan lebih 400 penduuduk dan mencederakan 8,000 yang lain.

“Kerajaan akan mencari semua pihak yang bertanggungjawab yang membina bangunan-bangunan tidak mengikut piawaian yang ditetapkan kerana keadaan itu telah meragut banyak nyawa apabila bencana berlaku,” katanya.

Kerajaan kini berusaha menghulurkan bantuan kepada semua mangsa gempa di wilayah Kermanshah yang terdedah kepada cuaca sejuk. - REUTERS