Lapor Bangkok Post, desakan itu disuarakan Setiausaha Agung Parti Future Forward, Piyabutr Saengkanokkul dalam perbahasan di parlimen baru-baru ini.

Menurut Piyabutr, Prayut ketika mengangkat sumpah pada 16 Julai yang lalu, tidak berikrar untuk melindungi dan mempertahankan perlembagaan seperti yang terkandung pada perenggan akhir, bahagian 161 dalam teks tersebut.

Bekas penasihat jawatankuasa perangkaan perlembagaan Thailand,Jade Donavanik berkata ikrar tidak sempurna Prayut menjadi isu besar kerana kerajaan beroperasi berlandaskan perlembagaan.- AGENSI