Lapor Detik News, menurut Koordinator Jurucakap Badan Pemenangan Nasional (BPN) Prabowo-Sandiaga, Dahnil Anzar Simanjuntak, bantahan tersebut akan dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.

“Kan had waktu tiga hari, maka kita akan membuatnya (bantahan) sebelum tarikh tutup,” katanya.

Prabowo-Sandiaga memutuskan untuk membuat bantahan ke MK selepas mesyuarat dalaman yang diadakan di kediaman Prabowo, di Jakarta Selatan pagi tadi.

Bantahan itu dibuat bagi mendapat penjelasan mengenai langkah Komisi Pemilihan Umum (KPU) mengumumkan keputusan rasmi pada awal pagi tadi.