Lapor Bangkok Post, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Thailand mengeluarkan jumlah undian bagi setiap parti itu pada pukul 3 petang, sehari lebih awal berbanding yang diumumkan sebelum ini.

Menurut SPR, statistik itu dibuat daripada 100 peratus kertas undi yang dikira namun ia masih belum lagi mendapat pengesahan.

Data itu menunjukkan peningkatan kira-kira 500,000 undi bagi PPRP dan Pheu Thai daripada data ketika 94 peratus kertas undi dikira yang masing-masing kekal pada 7.9 juta dan 7.4 juta. - AGENSI