Yayasan Thomson Reuters melaporkan antara topik yang akan diketengahan menerusi saluran itu adalah termasuk isu pelarian, kebebasan akhbar, pemenjaraan wartawan, ekstremisme, hak-hak anita, permasalahan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan masalah rakyat tanpa negara di dunia ini.

Pengarah Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Antarabangsa (IOHR), Valerie Peay memberitahu, portal televisyen web itu bakal ditontoni penduduk di lebih 20 buah negara termasuk Eropah, Amerika Latin dan Timur Tengah. - AGENSI