“Kita tidak boleh membenarkan lautan kita dipenuhi dengan sisa plastik yang terapung.

“Sayang sekali, terlalu banyak usaha yang gagal kerana kurangnya peraturan dan cara kawalan yang berkesan, terutamanya berkaitan dengan perlindungan kawasan laut di luar sempadan negara,” kata Pope Francis.

Pope Francis juga berkata akses terhadap air yang boleh diminum dengan selamat adalah hak asasi manusia sejagat.

“Dunia kita berhutang besar kepada golongan miskin yang kurang mendapat akses air minuman, kerana mereka dinafikan hak untuk kehidupan lebih baik,” ujarnya lagi. - AFP