Perjudian diharamkan di Vietnam selain loteri dan segelintir kasino hanya dibuka kepada warga asing.

Bagaimanapun, undang-undang dilanggar secara berleluasa terutama ketika kejohanan peringkat atasan apabila ramai bertaruh dalam talian atau perjudian haram untuk mencuba nasib.

Menurut laporan diterbitkan dalam akhbar rasmi polis, Cong An Nhan Dan, empat individu terbabit ditahan di Ho Chi Minh semalam.

Beberapa individu lain juga dipanggil untuk disoal.

Suspek yang didakwa mengaku mengendalikan urus niaga menerusi laman web dianjurkan di Filipina.

“Sejak awal 2017, jumlah urus niaga rangkaian perjudian itu bernilai lebih 600 bilion dong (RM104.05 juta),” lapor Televisyen Vietnam dengan menambah ribuan penjudi di seluruh Vietnam menggunakan perkhidmatan itu.

Mengikut kanun jenayah Vietnam, sesiapa yang mengambil bahagian dalam perjudian atau menganjurkannya boleh berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun. - AFP