Penunjuk perasaan membanjiri jalan sekitar Khartoum dan Omdurman sambil melaungkan slogan “kebebasan, kedamaian dan keadilan”.

Seorang saksi memberitahu penunjuk perasaan tetap berkumpul meskipun tembakan gas pemedih mata dilepaskan ke arah mereka.

Dalam pada itu, kekecohan turut berlaku di kejiranan timur di Burri apabila peserta demonstrasi bertepuk, bersiul dan membaling botol plastik serta membakar batang pokok.- AFP