Hal ini susulan penyebaran poster Halal Bihalal Akbar 212 yang mengajak orang ramai untuk menyertai tunjuk perasaan aman, selain berzikir, berdoa serta berselawat bermula hari ini hingga Jumaat ini.

Dalam poster tersebut, turut dimaklumkan bahawa perhimpunan itu akan diadakan di jalan utama sekitar MK.

Ketua Jabatan Hubungan Masyarakat Polis Metro Jaya, Argo Yuwono berkata, demons­trasi dilarang di MK kerana pihak berkuasa bimbang akan berlaku rusuhan seperti kejadian pada 21 dan 22 Mei lalu.

“Biarpun poster berkenaan memberi jaminan bahawa tunjuk perasaan yang bakal diadakan adalah aman, namun pasti ada pihak yang cuba menimbulkan kekacauan,” katanya seperti yang dilaporkan oleh CNN Indonesia.

Dalam perkembangan ber­kaitan, Ketua Konstitusi dan Dempokrasi Inisiatif, Veri Junaidi yakin bahawa MK akan menolak hujah pertikaian pilpres yang dikemukakan oleh pasukan undang-undang Prabowo Subianto dan Sandiaga Uno.

Hal ini kerana, Veri melihat tiada satu pun hujah yang di­usulkan oleh pasukan tersebut mempunyai bukti kukuh dan melanggar undang-undang.

“Selepas meneliti permohonan yang dibuat oleh pasukan undang-undang Prabowo-San­diaga, saya yakin MK akan menolak semua hujah mereka kerana tiada bukti kukuh,” ujar penganalisis politik itu. – AGENSI